Continental UltraContact UC7: prestasi basah luar biasa, lebih senyap, dan jangka hayat pemanduan yang panjang!

  • UltraContact UC7 kini di Malaysia
  • Tayar yang direka untuk pelbagai jenis kereta penumpang dan MPV
  • Menawarkan naik taraf dari segi keselamatan, keselesaan bunyi, dan jangka hayat memandu yang panjang

Dengan pengenalan kepada UltraContact UC7, Continental Tyres melancarkan produk Generasi 7 yang pertama di Malaysia, menggantikan produk Generasi 6. UltraContact UC7 adalah tayar serba boleh yang memberi lebih fokus kepada tahap keselamatan, keselesaan bunyi yang luar biasa dan jangka hayat pemanduan yang panjang.

Dengan tayar ini, Continental mentakrifkan semula pengalaman dan kenyakinan pemandu seterusnya dengan teknologi terkemuka terkini, sesuai dengan falsafah “Keyakinan Memandu, Ditakrifkan oleh Teknologi”.

Dengan kejayaan besar produk Generasi 6, Continental telah didorong untuk mempertingkatkan taraf produk yang bukan saja memenuhi keperluan semasa tetapi juga keperluan pasaran.

Berbanding dengan UltraContact UC6 yang amat berjaya, UltraContact UC7 mencapai peningkatan yang ketara dan cemerlang, terutamanya dalam aspek brek dan kawalan di permukaan jalan raya yang basah. Aspek prestasi lain seperti kecekapan bahan api, jarak brek, dan pengendalian juga dipertingkatkan.

Setiap produk tayar Continental yang dipasarkan akan melalui ujian demi ujian untuk memastikan prestasinya memenuhi keperluan tertinggi dalam semua aspek dan selamat untuk digunakan.

 

Untuk merealisasikan UltraContact UC7, pasukan mereka di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 25 jurutera dan pakar bahan telah mengambil lebih daripada 9,500 jam merekabentuk, membuat simulasi, membina, dan menguji semua prototaip dengan sasaran pengguna dalam fokus.

Semasa fasa pembangunan sahaja, jurutera Continental menjalankan lebih daripada 850 ujian dalam pelbagai keadaan, dengan jarak gabungan yang boleh mengelilingi bumi sebanyak 12 kali.

 

Dengan program penyelidikan dan pembangunan intensif ini, Teknologi Confidence+ UltraContact UC7 benar-benar mengikut motto syarikat iaitu “Teknologi Jerman tanpa Kompromi”.

Menampilkan “Diamond DNA”, – Diamond Compound, Noise Breaker 3.0 dan Aqua Channel Advanced, UltraContact UC7 memberikan tiga kelebihan utama: prestasi basah yang luar biasa, pengurangan bunyi dan jangka hayat memandu yang panjang.

Pertama, gabungan formulasi Aqua Channel Advanced di bahagian tengah jalur tayar serta formulasi Diamond Compound mengurangkan risiko hidroplaning, mengurangkan jarak brek, dan memberi cengkaman yang lebih pada permukaan jalan basah.

Reka bentuk Noise Breaker 3.0 yang inovatif dengan Flow X-celerator memanfaatkan prinsip Venturi Effect untuk mempercepatkan aliran air melalui alur, mempertingkatkan sentuhan permukaan antara getah dan jalan raya.

 

Kelebihan kedua UltraContact UC7 adalah pemanduan yang lebih senyap dan selesa. Apabila gelombang bunyi bergerak melalui alur, teknologi Noise Breaker 3.0 memecahkan gelombang bunyi daripada besar menjadi kecil, menghalang bunyi bising daripada meningkat dan masuk ke dalam kabin kereta.

Malah, formulasi Diamond Compound juga membantu mengurangan penjanaan bunyi dengan menyerap impak dari jalan raya.

Akhir sekali, kelebihan ketiga UltraContact UC7 ialah jangka hayat pemanduan yang panjang, hasil daripada rangkaian polimer yang dioptimumkan dalam formulasi Diamond Compound untuk jangka hayat bunga tayar yang berpanjangan.

UltraContact UC7 boleh didapati dalam  saiz tayar 15 “- 18”, sesuai untuk kereta kompak dan bersaiz sederhana, MPV, dan sedan mewah.

Source: Continental UltraContact UC7: prestasi basah luar biasa, lebih senyap, dan jangka hayat pemanduan yang panjang!

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *