Sebab Veloz, jualan UMW untuk Oktober 2022 mencapai 9,281 unit, YTD sudah cecah 80,153 unit!

Toyota nampaknya kekal menerajui jenama bukan nasional di Malaysia dengan jualan year-to-date (YTD) 2022 yang mencecah 79,308 unit.

Untuk makluman anda, jualan UMW Toyota Motor (UMWT pada Oktober lalu adalah sebanyak 9,281 unit (9,175 unit Toyota & 106 unit Lexus). Berbanding bulan September, prestasi ini kiranya melonjak 0.5%.

Malah berbanding Oktober 2021 (8,500 unit), jualan kali ini menunjukkan peningkatan 9%.

Untuk 10 bulan pertama tahun ini, jualan keseluruhan buat Toyota dan Lexus berjumlah 80,153 unit. Ini mewakini 47% lonjakan berbanding tempat sama di tahun 2021 (54,618 unit).

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K, “Walaupun keadaan ekonomi masih mencabar, pasaran kereta telah mula pulih secara konsisten. Produksi kami masih lagi terkesan tetapi kami sedang mencuba sebaik mungkin untuk menyerahkan kenderaan baru secepat yang mungkin”.

Juga bacaJualan YTD UMW Toyota sampai September 2022 hampir 71k unit, lonjak 54% berbanding 2021!

Kata beliau juga, “Permintaan buat Toyota Veloz pada bulan lalu amatlah memberangsangkan dengan tempahan sebanyak 7,000 unit walaupun ketika itu belum lagi dilancarkan. Perkara ini tidak mengejutkan kerana Toyota sememangnya terkenal dengan produk yang boleh dipercayai dan kami sentiasa berusaha ‘Extra Mile’ dalam memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik buat setiap pelanggan”.

Juga bacaHarga lebih tinggi, takde hal – Toyota Veloz 2022 merekodkan lebih 6,000 tempahan dalam masa 4 bulan!

Promosi akhir tahun

UMWT sekarang ini sedang membuat promosi akhir tahun yang mana bayaran ansuran bulanan buat Toyota Yaris adalah serendah RM 498. Vios pula serendah RM 598. Untuk beberapa varian pula, ada tawaran promosi sehingga RM 4,000.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman Toyota.com.my atau hubungi Toyota Freephone di 1-00-8-TOYOTA (86982).

Source: Sebab Veloz, jualan UMW untuk Oktober 2022 mencapai 9,281 unit, YTD sudah cecah 80,153 unit!

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *