Kawasaki tayang model prototaip Elektrik, Hybrid, Hidrogen, ada yang mula dijual tahun depan!

Kawasaki Motor, selaras dengan pelan neutraliti karbon tampil menayangkan motosikal prototaip yang dikuasakan teknologi ‘hijau’ di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 iaitu Elektrik (BEV), Hibrid (HEV) dan Hidrogen.

Kawasaki Z EV

Untuk motosikal elektrik penuh atau BEV, dua model prototaip yang dipamerkan Kawasaki mirip Ninja 250 dan Z250 dan diberi nama Ninja EV dan Z EV.

Kawasaki Ninja EV

Seperti namanya, kedua-dua model berkenaan menggunakan pek bateri berkembar mudah alih berkapasiti 3 kWh yang dibangunkan oleh Kawasaki dan menariknya menurut syarikat itu, ia akan mula dijual pada tahun depan di Eropah.

Selain Ninja EV dan Z EV, firma Jepun itu turut mempamerkan model motosikal prototaip hybrid iaitu HEV. 

Kawasaki HEV

Berdasarkan rekaan, motosikal Kawasaki HEV juga mirip model Sportbike Ninja namun bersesaran lebih besar dan seperti namanya, ia menggabungkan kuasa daripada enjin pembakaran dalaman yang dijana petrol dan elektrik menerusi bateri. 

Tidak seperti dua model elektrik yang ditayangkan, Kawasaki HEV dikatakan belum bersedia untuk berada di pasaran pada tahun depan namun dijadualkan untuk dijual pada tahun 2024.

Mungkin paling mengujakan, satu lagi model prototaip yang turut dipamerkan Kawasaki adalah motosikal berkuasakan hidrogen menerusi model yang dibina menggunakan platform jentera aras tinggi jenama itu, Ninja H2. 

Kawasaki Hydrogen

Begitupun menurut Kawasaki, model yang dikuasakan hidrogen itu masih lagi dalam peringkat pembangunan dan tiada tarikh pelancaran ditetapkan dan berkemungkinan memakan masa yang agak lama.

Sumber imej: FB Ministry Of Superbike

Dan sedikit mengewakan, Kawasaki tidak memberikan perincian terhadap kesemua model yang ditayangkan di Itali kali ini.

Sumber imej: FB Ministry Of Superbike

Sekalipun tampak cukup agresif dalam pembangunan model elektrik, hibrid mahupun hidrogen, Presiden Kawasaki Motors Corporation, Hiroshi Ito dalam ucapannya berkata syarikat itu belum bersedia untuk ‘melupakan’ model berkuasa konvensional.

Di antara tahun 2024 dan 2025, syarikat itu berkata mereka akan melancarkan sekitar 30 ke 35 model motosikal baharu yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman di seluruh dunia.
 

Source: Kawasaki tayang model prototaip Elektrik, Hybrid, Hidrogen, ada yang mula dijual tahun depan!

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *