Camry makin tercabar, Honda Accord generasi 2023 membuat debut; sarat dengan teknologi canggih!

  • Sistem hibrid 2.0L yang lebih berkuasa, 204 PS/335 Nm
  • Infotainment paling besar yang pernah Honda keluarkan, integrasi Google
  • Ruang kaki yang lebih luas, ruang but yang lebih besar, Sensing yang lagi mantap

Honda Accord generasi 2023 nampaknya telah membuat debut di pasaran Amerika. Tidak menghairankan, ia betul-betul menerapkan unsur dan reka bentuk yang sinonim dengan sedan di pasaran sana iaitu lekuk yang kemas, tidak keterlaluan dan boleh diterima ramai.

Juga bacaTerlalu besar & mahal, jualan Honda CR-V & Accord yang lebih sesuai di Amerika bakal berakhir di Jepun

Trenkuasa: Tiada lagi enjin 2.0L turbo, yang menggantinya adalah unit hibrid yang lebih berkuasa

Rim 17 inci adalah standard tapi yang ini adalah 19 inci.

Selama generasi ke-10 beransur, 50% daripada jualan Honda Accord di pasaran Amerika adalah varian hibrid. Jadi untuk generasi kali ini, mereka meletakkan fokus pada varian tersebut. Apapun, enjin turbo masih lagi dikekalkan tetapi dengan sedikit penambahbaikan.

Juga bacaLebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid!

Trenkuasa Honda Accord 2023
Enjin Perincian
1.5L VTEC Turbo 4-silinder, suntikan terus (direct-injection) 192 PS @ 6,000 rpm

260 Nm @ 1,700 – 5,000 rpm

CVT

2.0L hibrid

Kitaran Atkinson 4-silinder + 2 motor, direct-injection

204 PS (gabungan)

335 Nm @ 5,000 – 8,000 rpm

CVT

Dalam masa yang sama, pilihan transmisi manual dan enjin 2.0L turbo (252 PS, 370 Nm) tidak lagi ditawarkan.

Secara amnya, enjin kali ini menerima sedikit kemaskini pada bahagian suntikan bahan api terus, crankshaft, bekas minyak dan cold-active calatyst, semuanya bagi mengurangkan bunyi enjin dan meningkatkan tahap kelancaran enjin.

Dimensi: Lebih panjang, ruang kaki lebih luas

Secara amnya, Accord generasi ke-11 ini mengekalkan dimensi generasi ke-10 tetapi dengan penambahan panjang sebanyak 89 mm.

Dimensi Honda Accord 2023
Dimensi Accord baru Accord generasi ke-10
Panjang 4,971 mm (+89 mm) 4,882 mm
Tinggi 1,450 mm 1,450 mm
Lebar 1,862 mm 1,862 mm
Jarak roda 2,829 mm 2,829 mm

Perkara ini secara tidak langsung memberikan ruang kaki belakang sebanyak 103.6 cm (cukup untuk memuatkan kanak-kanak 3 tahun di bahagian kaki anda). Ruang but pula adalah seluas 473 liter.

Teknologi kabin: infotainment paling besar yang pernah Honda terapkan, kemaskini atas talian (OTA)

Secara standard, Accord generasi 2023 di pasaran sana lengkap dengan kluster digital 10.2 inci, manakala infotainment 12.3 inci (infotainment paling besar buat Honda) yang hadir pada varian paling atas (Touring) pula datang sekali dengan Apple CarPlay dan Android Auto jenis nirwayar.

Bercakap mengenai varian Touring, infotainmentnya turut membawakan integrasi Google yang merangkumi Google Assistant, Google Maps dan Google Play, kiranya lebih kurang sama macam sistem Android Automotive pada kereta Volvo. Di samping itu, sokongan kemaskini atas talian (OTA) juga ada. Melengkapi sistem infotainment ini adalah audio Bose dengan 12 pembesar suara.

Varian bawah pula menggunakan infotainment 7 inci dengan sokongan wayar. Selain itu, antara ciri yang ada pada bahagian kabin tidak mengira varian mana adalah trim Piano Black dan Body Stabilising Seats.

Keselamatan: ADAS Sensing yang lebih mantap, beg udara baru

Antara ciri keselamatan yang dilengkapkan standard pada Accord generasi 2023 adalah ADAS Sensing terbaru yang menggunakan kamera imej 90-darjah dan kamera radar 120-darjah. Dalam masa yang sama, ciri Blind Spot Information (BSI) juga dipertingkatkan dengan radar 82 kaki.

Apa yang baru juga adalah ciri Traffic Jam Assist (TJA). Ciri yang sudah ada pada generasi terdahulu seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow dan Lane Keeping Assist (LKAS) pula dikemaskini untuk tindak balas yang lebih semula jadi.

Kamera monokular pada Civic RS.

Secara standard, ADAS Honda Sensing pada Accord 2023 merangkumi ciri Traffic Sign Recognition (TSR). Varian Touring pula datang istimewa dengan Low-Speed Braking Control.

Antara ciri yang pertama kali didatangkan pada Accord kali ini adalah beg udara lutut dan beg udara tepi di bahagian penumpang belakang.

Konklusi: Menerujakan

Jadi, inilah dia Honda Accord generasi baru. Buat masa sekarang, ia hanya dikhaskan untuk pasaran Amerika dan harga serta tarikh jualannya belum lagi didedahkan. Jadi, agak sukar untuk membuat ramalan mengenai ketibaan di pasaran lain.

Di Malaysia, Honda Accord generasi ke-10 yang masih ada sekarang ditawarkan seperti di bawah:

  • Honda Accord 1.5 TC – RM 187,400
  • Honda Accord 1.5 TC-P – RM 197,400

Juga bacaToyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat?

Source: Camry makin tercabar, Honda Accord generasi 2023 membuat debut; sarat dengan teknologi canggih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *